Thursday 12 January 2012

Solat jenazah

SOLAT JENAZAH TAHUN 6

Solat Jenazah

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى


“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.


Membaca Surah Al-Fatihah


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.


“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.

Thursday 8 December 2011


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran             : Pendidikan Islam
Kelas                           : Tahun 4 Cemerlang
Tarikh                          : 11 November 2011
Masa                            : 9.30 pagi – 10.00 pagi(30 minit)
Bilangan murid           : 25 orang
Bidang pelajaran         : Adab Makan dan Minum
Objektif pembelajaran : Menyatakan adab makan dan minum
Hasil pembelajaran      : Di akhir sesi pembelajaran ini,murid dapat :
                        A         Menguasai isi kandungan
                                    a.Menyatakan adab makan dan minum
                                   
                        B         Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
                                    a. Merancang membina carta berkaitan adab makan dan minum

                        C         Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                    a. Melibatkan diri secara aktif dalam kerja kumpulan
                                    b.Bertanya rakan tentang adab makan dan minum


Konsep/prinsip/hukum/teori :
Adab Makan dan Minum
Tingkah laku bersopan ketika makan dan minum(sebelum dan selepas)

Bahan,peralatan dan bahan sumber :
Kertas bergambar
Kad manila
Lembaran kerja
Teks adab makan dan minum

Langkah berjaga-jaga
Pastikan murid tidak bertolak-tolak ketika melaksanakan tugas agar tidak ada yang tercedera

Pengetahuan sedia ada
Murid telahpun biasa dengan adab makan dan minum di rumah secara tidak diketahui


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/Mencungkil Idea
(5 Minit)
Kertas bergambar
Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan membuat penyoalan melalui kad bergambar yang dilihat
Contoh :
Apakah yang dapat dilihat di dalam gambar yang ditunjukkan?
Murid memberi respon terhadap soalan guru
Strategi/Teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Menstruktur/Menstruktur semula
(17 Minit)
Adab makan dan minum :
Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
Membaca doa
Tidak berebut-rebut
Ambil makanan yang dekat dahulu
Mengutarakan persoalan utama :
Guru mengarahkan murid dalam kumpulan mencari adab makan dan minum berdasarkan teks yang telah disediakan.
Guru membimbing murid dalam sesi perbentangan
Guru menyediakan bahan yang diperlukan untuk murid melaksanakan aktiviti




Murid membuat perbincangan dalam kumpulan dengan mencari jawapan berdasarkan teks yang disediakan
Membina carta
Murid membentangkan hasil yang diperoleh





Stategi/Teknik :
Perbincangan
Inkuiri terbimbing digunakan

Sumber/Bahan : Kad manila,pen marker
Aplikasi Idea
(5 Minit)
Menjawab soalan
Lembaran kerja
Bagi mendatangkan keseronokan dan murid mendapat markah segera guru mengarahkan murid bertukar-tukar lembaran kerja agar dapat murid lain memeriksanya dengan jawapan yang diperolehi secara bersama
Pelajar diminta menjawab soalan yang terdapat dilembaran kerja
Murid bertukar-tukar lembaran kerja dan memeriksa lembaran kerja rakan dengan jawapan yang dibincangkan bersama
Strategi :
Menjawab soalan
Refleksi/Penutup
(3 Minit)
Adab makan dan minum :
Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
Membaca doa
Tidak berebut-rebut
Ambil makanan yang dekat dahulu
Taksir kefahaman murid melalui teknik penyoalan
Tingkatkan penglibatan murid dengan memberi pengukuhan
Murid sedaya upaya cuba menjawab disebabkan pengukuhan yang diberi dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal
Strategi :
Penyoalan seluruh kelas