Sunday 20 November 2011

CONTOH RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran             : Pendidikan Islam
Kelas                           : Tahun 6 Cemerlang
Tarikh                          : 27 Mei 2011
Masa                            : 9.50 pagi – 10.50 pagi(60 minit)
Bilangan murid           : 38 orang
Bidang pelajaran         : Puasa
Objektif pembelajaran : Menyatakan maksud puasa
Hasil pembelajaran      : Di akhir sesi pembelajaran ini,murid dapat :
                        A         Menguasai isi kandungan
                                    a.Mendefinisi maksud puasa
                                    b.Menyatakan dalil naqli tentang puasa

                        B         Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
                                    a. Merancang membina peta minda berkaitan maksud puasa

                    C             Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                    a. Melibatkan diri secara aktif dalam kerja kumpulan
                                    b.Bertanya rakan tentang maksud puasa

Konsep/prinsip/hukum/teori :
Puasa
Menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari serta berniat pada malam hari

Bahan,peralatan dan bahan sumber :
Carta
LCD Projektor
Lembaran kerja

Langkah berjaga-jaga
Pastikan murid tidak menghalang pancaran LCD projector bagi mengelakkan pancarannya terhalang

Pengetahuan sedia ada
Murid telahpun melihat ahli keluarga berpuasa di rumah yang mana serba sedikit tahu bagaimana mereka berpuasa


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/Mencungkil Idea
(5 Minit)
Nasyid bulan-bulan dalam islam
Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan membuat penyoalan
Murid memberi respon terhadap soalan guru
Strategi/Teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Menstruktur/Menstruktur semula
(40 Minit)
Menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari serta berniat pada malam hari
Surah Al-Baqarah ayat 183
Mengutarakan persoalan utama :
Guru mengarahkan murid dalam kumpulan mencari maksud puasa yang sebenarnya di dalam buku teks
Melaksanakannya ke dalam peta minda
Guru memberi penerangan tentang surah Al-Baqarah ayat 183 menggunakan LCD Projektor  yang kemudiannya murid perlu membacanya mengikut kumpulan


Debriefing
Taksir kefahaman murid secara lisan – Murid yang telah kuasai tajuk maju ke fasa seterusnya dan yang belum dikumpul dalam kumpulan kecil untuk diberi penerangan
Murid membuat perbincangan dalam kumpulan dengan mencari jawapan di dalam buku teks
Membina peta minda
Murid membaca surah Al-baqarah ayat 183 mengikut kumpulan berpandukan LCD projektor yang disediakan







Aktiviti pemulihan
Mendengar penerangan guru
Stategi/Teknik :
Perbincangan
Inkuiri terbimbing digunakan

Sumber/Bahan : LCD Projektor
Aplikasi Idea
(10 Minit)
Menjawab soalan
Lembaran kerja
Pelajar diminta menjawab soalan yang terdapat dilembaran kerja
Strategi :
Menjawab soalan
Refleksi/Penutup
(5 Minit)
Puasa :
Tidak makan
Tidak minum
Tidak melakukan perkara yang membatalkannya
Berniat
Terbit fajar hingga terbenam matahari

Taksir kefahaman murid melalui teknik penyoalan
Tingkatkan penglibatan murid dengan memberi pengukuhan
Murid sedaya upaya cuba menjawab disebabkan pengukuhan yang diberi dan membuat kesimpulan pelajarandengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal
Strategi :
Penyoalan seluruh kelas


No comments:

Post a Comment