Monday 31 October 2011

MENJENGUK SEBENTAR KE AKTIVITI SOLAT HAJAT YANG DILAKUKAN GURU & MURID TAHUN 6

Ustaz Kalil sedang membacakan doa

Murid perempuan sedang solat hajat

Murid-murid ini pasti merasa bangga kerana terlibat dengan aktiviti ini

Khusyuknya murid-murid ini membaca wirid

Antara murid yang terlibat dengan solat hajat

Dalam berwirid masih sempat menegur seseorang,betapa indahnya islam

Wajah-wajah yang penuh dengan kesucian

Tuesday 25 October 2011




Saujana

Sepohon Kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

( ulang 1 )

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

( ulang 1 )

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

( ulang 1 )



 Azab Dan Seksaan Tinggalkan Solat
 
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

  • Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
  • Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
    Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  • Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat. Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
  • Solat Subuh - Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
  • Solat Zohor - Barang siapa yang meninggalkansolat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
  • Solat Asar - Barang siapa yang meninggalkan solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
  • Solat Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
  • Solat Isya' - Barang siapa yang meninggalkan solat Isya',  nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
  • enam perkara di atas dunia
  • tiga perkara sewaktu hendak mati /ketika nazak
  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur
  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

  • Enam perkara seksaan di atas dunia
    1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya . (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
    2. Dikurangkan rezeki di dalam usahanya. (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
    3. Tiada dipelihara baginya agama Islam. (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik)
    4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
    5. Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
    6. Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya.
    Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam(kafir). Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."

    Tiga perkara sewaktu hendak mati / ketika nazak
    1. Dimatikan dalam kehinaan.( rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan)
    2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar.( bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.)
    3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

    Tiga perkara sewaktu dalam kubur
    1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali
    2. Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
    3. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama Shwaun-ra'/ Suja’ull-Akra . yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."  Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat. 
    Tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
    1. Datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."
    2. Orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
    3. ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59)
    Kesimpulannya
    Meninggalkan solat secara sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak bukanlah satu perkara yang remeh. Ianya membabitkan status Islam atau Kafir, Neraka atau Syurga. Ketahuilah bahawa solat itu adalah wajib ‘ain dan tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana kedudukannya di dunia ini dan di mata masyarakat. Mengabaikannya bermakna anda mengundang kecelakaan yang amat buruk, maka berwaspadalah kalian semua.

    Wednesday 19 October 2011

     Cara Berwudhuk
     


    Mari Belajar Sembahyang
    Huraian Rukun

    1. Niat : niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:


    Usolli fardhaz zohri arba'a raka'atin lillahi ta'ala


    Niat dalam hati : Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala



    Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya).



    Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat.

    Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.


    Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.


    Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

    Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.


    Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.



    Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."



    Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).



    Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."



    Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).



    Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".



    2.
    Takbiratul-Ihram, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.


    Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir "Laa-Ilaha-Illallah."



    3.
    Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.


    4.
    Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah.


    5.
    Rukuk, berserta tuma'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Doa tasbih ketika rukuk ialah:


    Subhana robbiyal adzimi wabihamdi


    "Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."



    6.
    Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tuma'ninah. Doa tasbih ketika iktidal ialah:


    Sami Allahuliman hamidah


    "Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya."



    Kemudian disambung pula dengan bacaan:


    robbana walakal hamd'


    "Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."



    7.
    Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya.

    Anggota sujud ada 7:

    1. Dahi

    2. Dua tapak tangan
    3. Dua lutut
    4. Dua perut jari kaki

    Doa ketika sujud ialah:



    Subhana robbiyal a'la wabihamdi


    "Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"



    8.
    Duduk di antara dua sujud berserta tuma'ninah. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama-lamakan. Doa tasbih ketika duduk antara dua sujud ialah:


    Rabbirgh firli warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa'aafini wa'fu'anni


    "Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku."



    9.
    Tahiyyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut:


    Attahiyaatul mubaarokaatus solawaatut thaibaatu lillah. Assalaamu'alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh. Assalaamu'alaina wa'alaa 'ibaadillah hissolihinn. Asyhadu al laa ilaa ha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala aali sayyidina Muhammad. Kama sollai ta'ala Ibrahim wa'ala aali Ibrahim. Wabarik 'ala sayyidina Muhammad wa'ala aali sayyidina Muhammad. Kama barok ta'ala Ibrahim wa 'alaa aali Ibrahim. Fil 'aalamina innaka hamidummajid


    "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

    Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia."

    nota: ungkapan "sayyidina" di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan.



    10.
    Duduk ketika tahiyyat akhir.


    11.
    Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; "Allahumma-solli 'ala Muhammad."


    12.
    Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu."


    13.
    Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah.
    Mari Belajar Sembahyang
    Rukun Solat

    Niat.
    2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).
    3. Berdiri bagi yang mampu.
    4. Membaca surah Al-fatihah.
    5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
    6. Iktidal dengan tama'ninah.
    7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
    8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
    9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
    10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
    11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.
    12. Membaca salam
    13. Tertib.

    Tuesday 18 October 2011


    Rukun Islam ada lima (5) perkara :

    (1) Mengucap dua kalimah syahadat
    (2) Sembahyang lima waktu
    (3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
    (4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
    (5) Menunaikan zakat


    Rukun Iman ada enam (6) perkara :

    (1) Beriman kepada ALLAH SWT
    (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
    (3) Beriman kepada Kitab-kitab
    (4) Beriman kepada Rasul-rasul
    (5) Beriman kepada Hari Kiamat
    (6) Beriman kepada Qada dan Qadar

    ISLAM adalah ugama yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir kepada seluruh alam dan tiada yang terkecuali darinya.
    Sejak ALLAH SWT menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa, manusia telah berkembang dari keduanya sehinggalah lahirnya manusia yang berbilang bangsa dan ugama yang mengamalkan pelbagai bahasa, budaya, pakaian dan adat resam.
    Seorang demi seorang Nabi dan Rasul telah diutuskan kepada kaumnya. Adalah diberitakan bahawa Nabi yang diketahui adalah seramai 124,000 orang dan rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang termasuklah Nabi Muhammad s.a.w.
    Sejak di Luth Mahfuz lagi ALLAH SWT telah meletakkan nama Nabi Muhammad s.a.w di sisiNya.

    Monday 17 October 2011

    Nukilan Diri
    Zulanizam Daud nama diberi,
    Orangnya kacak segak sekali,
    Kerjaya cikgu pilihan dihati,
    Alhamdulillah dimakbul dan diberkati.

    Taiping,Perak asalnya diri,
    Merantau ke Sabah membawa hati,
    Bukan merajuk bukan kecil hati,
    Demi anak bangsa aku turuti.

    SK Logongon sekolah pertama dijejaki,
    Jauh nun di Nabawan membawa diri,
    Hidup di pedalaman sangatlah bererti,
    Calang-calang orang tak  sanggup hadapi.

    Mula-mula terasa macam mimpi,
    Tidak pernah terlintas berkhidmat di sini,
    Takdir Ilahi tiada siapa boleh menandingi,
    Alhamdulillah 3 tahun juga ku disini.

    Bertukar angin ke pekan kecil daerah ini,
    SRJK(C) Cheng Ming ,Keningau menjadi saksi,
    Guru dan murid bangsa cina majoriti di sini,
    Mula2 kekok lama- lama sebati.

    Setelah 3 tahun di sekolah ini,
    Berpindah lagi kerana  tanggungjawab diri,
    Menjaga isteri yang sarat menanti hari,
    Melahirkan zuriat penambah rezeki.

    SK Poring-Poring, nama diberi,
    Satu lagi sekolah pedalaman aku jejaki,
    Memanjat bukit tinggi santapan pagi-pagi,
    Dengan motosikalku yang membawa seribu erti.

    Setelah 2 tahun lebih berkhidmat di sini,
    Dapat arahan berpindah lagi,
    Di sekolah pulau pula kali ini,
    Makin mencabar tugas ku kini.

    SK Pulau Gaya gah berdiri,
    Di sinilah ku menabur bakti sepenuh hati,
    Untuk anak bangsa putera puteri ,
    Dari dulu hingga ke hari ini.

    Nor Azean Zainal nama si isteri,
    Orang paling di sayangi dan dicintai,
    Walaupun kami hidup membawa diri,
    Tapi masih gagah sehingga kini.

    Setakat ini sudah 2 hero kami,
    Seorang nama Muhd Irwan Hakimi,
    Dan seorang  lagi Muhd Irfan Hafiy,
    InsyaAllah lepas ini tambah lagi koleksi.

    Hajat dihati teringin si puteri,
    Harap-harap  menjadi reality,
    Baru la lengkap koleksi peribadi,
    Hidup bahagia saling lengkap melengkapi.

    Hobi memancing dah sebati dalam diri,
    Pantang ada masa terluang  tak tunggu lagi,
    Berjuang habis habisan kot –kot ada rezeki,
    Kadang- kadang berhasil kadang-kadang  rugi.

    Puan isteri dah  tak boleh meleteri,
    Dia pun kadang- kadang ‘join’ sekaki,
    Mana tahu kot2 dapat rezeki,
    Ikan kerapu,siakap atau pari.

    Sampai disini seloka ku ini,
    Sekadar menghiburkan diri sendiri,
    Salah silap harap diampuni,
    Panjang umur berjumpa lagi.